Monday 17 March 2014

Visi dan Misi SK Pontian

Visi
SKP BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2016



Misi

MENJANA MODAL INSAN YANG BERKUALITI MELALUI PENGURUSAN BESTARI

TINTA GURU BESAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Guru-guru dan Staf Sokongan yang dihormati


Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Blog SK Pontian ini. Blog ini dihasilkan untuk menyediakan maklumat kepada semua guru-guru, murid-murid, staf sokongan, ibu bapa dan masyarakat supaya semuanya mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih baik.


Blog ini disediakan dengan mengambil kira Falsafah Pendidikan Negara Wawasan 2020 dan wawasan pendidikan. Perkara ini sejajar dengan Visi sekolah iaitu “SK Pontian Berprestasi Tinggi Menjelang 2016″ dan Misi “Menjana Modal Insan Yang Berkualiti Melalui Pengurusan Bestari”.

Saya berharap Blog SK Pontian ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan serta murid-murid sekolah.
Sekian, Terima kasih
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SK Pontian Kuala Rompin



Gambar terkini SK Pontian Kuala Rompin Pahang

Matlamat

  • Membimbing murid ke arah sahsiah dan disiplin kendiri yang cemerlang
  • Berusaha menyediakan Pengurusan dan Pentadbiran sekolah yang berkualaiti dan berkesan
  • Berusaha Mewujudkan Perhubungan antara insan dengan mesra, pengasih dan penyayang.
  • Berusaha mewujudkan iklim persekitaran yang ceria, bersih dan selamat.
  • Berusaha meningkatkan prestasi akademik dan penglibatan kokurikulum murid yang cemerlang.

Finally SK Pontian’s Blog has come true

I just created this blog for my school. I hope that it will be updated regularly to show our school progress. Good luck to me and my fellow coworkers