Monday 17 March 2014

TINTA GURU BESAR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Guru-guru dan Staf Sokongan yang dihormati


Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Blog SK Pontian ini. Blog ini dihasilkan untuk menyediakan maklumat kepada semua guru-guru, murid-murid, staf sokongan, ibu bapa dan masyarakat supaya semuanya mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih baik.


Blog ini disediakan dengan mengambil kira Falsafah Pendidikan Negara Wawasan 2020 dan wawasan pendidikan. Perkara ini sejajar dengan Visi sekolah iaitu “SK Pontian Berprestasi Tinggi Menjelang 2016″ dan Misi “Menjana Modal Insan Yang Berkualiti Melalui Pengurusan Bestari”.

Saya berharap Blog SK Pontian ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan serta murid-murid sekolah.
Sekian, Terima kasih
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

No comments:

Post a Comment